Monday, February 8, 2010

Kini kita adalah pasukan belasahan






Kalau selalu sangat menang jadi riak, bila selalu sangat kalah, rasa macam nak bakar je TV, kan? Mentekedarah apa dengan team kita ni. Asyik kalah je. Musim kalah dah tiba. nasib baik point kita jauh lagi dengan Liverpool.

Apa sebab kita kalah? Adakah kerana pengadil berat sebelah! Adakah kerana John Taruk dengan krisis nafsunya? Adakah kerana main di tempat lawan? Adakah kerana Arsenal tak ada penyerang? Jawapanya adalah, kerana sudah takdir kita akan kalah. Hehehe

Monday, January 18, 2010

Kembali dengan 2-0

Assalammualaikum semua. Aku sudah kembali. Sebenar beberapa kali aku cuba kembali, tapi sibuk sangat. Nampaknya penat aku kena marah sebab tak update. Hehehe.. mintak maaf banyak-banyak lah ya. Sibuk sangat la. Kebelakangan ni sibuk berladang. Berbalik kepada team febret kita ni. Sentuhan kemenangan sudah kembali nampaknya. Selepas seri dengan Everton, kita menang 2-0 ke atas Bolton. Dulu Bolton ni kira team liat lah. Sekarang kita boleh hantar budak2 je belasah dia.

Malam tu punya game, taklah bagus sangat. Fabregas main memang bestlah. Kalau ada Song, insyaAllah, game boleh jadi cantik. Eduardo betul-betul buat ramai kat tengah padang. Nampaknya idea dia dah kering. Tak berfungsi langsung. Bola yang dia jolok kat Fabregas tu je la yang paling baik jasa dia malam tu. Selebihnya buat-buat penat je. Masuk Vela pun tak ada beza. Nampaknya kita perlukan striker yang betul-betul dilahirkan sebagai striker. Maknanya, kalau kat depan gol mesti gol punya. Macam Henry. Atau yang lebih rajin dari dia.

Ketiadaan striker memang ketara. bayangkan kalau ada Van Persie. Tanpa strikerpun kita selalu menang dengan jumlah yang besar. kalau ada striker mesti lagi menarik. Bendtner pun lama sangat injurednya. Mr Wenger kita mau striker yang power punya. Kasi beli cepat!!!

Tuesday, December 22, 2009

Kembali mengganas!!!

Assalammualaikum! Gunners semua, mintak maaf sebab lama sungguh tak update. Semua ni kerana gejala malas melanda diri. Ada juga yang kata sebab Arsenal asyik kalah je. Tu yang aku tak nak update. Tapi yang paling betul, aku malas. Memang malas sunggguh.

Ok la. Kita cerita pasal kemenangan Arsenal yang terkini tu. Kali ni kita menang 3-0. Kita menang berapa? 3-0. Haaaa. Malam tu aku rasa Diaby bermain baik. Kali ni kita puji dialah. Sebab dia main bagus. Kalau boleh, aku nak bagi dia Man of The Match. Tahniah Diaby. gua respek lu la.

Tapi Nasri sikit ada gila. Yang dia pergi hantam player Hull tak pasal-pasal tu kenapa. Dah tak ada kerja? Seronok, kan tengok muka pengurus Hull yang paling poyo tu.

Thursday, December 17, 2009

Monday, November 30, 2009

Meriam tak ada peluru


Semua dah tahu, team kita kalah cemerlang dengan Chelsea. Frust aku. Tapi tak frust sangat sebab team fantasy football aku ada Drogba dia score 2 pulak tu. Yang frustnya dalam team aku ada Vermaelen, dia score gol sendiri. Huhuhu!!!

Melihat pada game malam tu, Arsenal tidaklah menghampakan sangat. Kita pegang game tu. Tapi takat pegang je, tak dapat point. Kena menang dulu baru dapat 3 point. Kenapa kita boleh kalah? Antara sebabnya, Denilson juga bermain macam Diaby. Suka passing kat team lawan. Pengalaman jugak main peranan. Chelsea nampak sangat berpengalaman dan tenang mengawal striker Arsenal Eduardo yang pendek tu. Cerita pasal pendek. Hampir semua pemain Arsenal ni pendek-pendek belaka. Ada pun Bendtner yang tinggi. Itupun injured pulak.


Ingat zaman power dulu. Player kita tinggi2 belaka masa tu. Viera, Petit, Henry, Lauren pergh.. best tul zaman tu. Kita kena ada player yang ditakuti macam Viera. Bila Viera ada je team lain mesti cuak punyala. Dia keras. Dia kebal. Takle dia kemas. Sekarang ni kita ada Fabregas, yang punya kemahiran dan ketenangan mendahului umurnya. Team kita sekarang sudah tidak ada faktor kemenangan sebelum perlawanan bermula. Macam masa ada Viera dulu. Masa ada dia dulu, belum main pun team lawan dah kecut.

Bagi menghilangkan rasa frust di atas kekalahan kita kepada Chelsea, aku taruk gambar.

Wednesday, November 25, 2009

2 - 0 je...





Alhamdullah.. team kita menang 2-0. Huh!! 2-0 je... main beria-ia, menag 2-0 je. Aku baca kat internet ni, maca-macam pujian dia orang dapat. Ada yang main sampai patah kaki, tapi menang 2-0 je. Tak pa la, janji menang. Ada 1 team lagi entah apa nama entah, menang jugak, tapi kalah.
Kita kira 2-0 ni ..kira hebatla...kan?

Saturday, November 21, 2009

Arsenal Mudah Lupa

Arsenal telah ditakdirkan kalah semalam. Semuanya kerana Ramsey, Rosicky dan Nasri tidak bermain dengan baik. Ramsey dilihat banyak membuang masa dengan bermain cantik agaknya. Begitu juga dengan Rosicky. Tak menjadi.

Punca kekalahan memang terletak ditangan Mr. Wenger. Dia menympan penyerang buat apa. Menjadikan Nasri sebagai penyerang tidak akan membantu pasukan. Lepas Bent score, boleh pulak dia masukan Arshavin, Vela dan Wallcot. Kalau dari awal dia orang ni masuk. Peluang untuk menang tu mungkin ada.
 
Arsenal Dihatiku - © 2007 Template feito por Templates para Você