Monday, January 18, 2010

Kembali dengan 2-0

Assalammualaikum semua. Aku sudah kembali. Sebenar beberapa kali aku cuba kembali, tapi sibuk sangat. Nampaknya penat aku kena marah sebab tak update. Hehehe.. mintak maaf banyak-banyak lah ya. Sibuk sangat la. Kebelakangan ni sibuk berladang. Berbalik kepada team febret kita ni. Sentuhan kemenangan sudah kembali nampaknya. Selepas seri dengan Everton, kita menang 2-0 ke atas Bolton. Dulu Bolton ni kira team liat lah. Sekarang kita boleh hantar budak2 je belasah dia.

Malam tu punya game, taklah bagus sangat. Fabregas main memang bestlah. Kalau ada Song, insyaAllah, game boleh jadi cantik. Eduardo betul-betul buat ramai kat tengah padang. Nampaknya idea dia dah kering. Tak berfungsi langsung. Bola yang dia jolok kat Fabregas tu je la yang paling baik jasa dia malam tu. Selebihnya buat-buat penat je. Masuk Vela pun tak ada beza. Nampaknya kita perlukan striker yang betul-betul dilahirkan sebagai striker. Maknanya, kalau kat depan gol mesti gol punya. Macam Henry. Atau yang lebih rajin dari dia.

Ketiadaan striker memang ketara. bayangkan kalau ada Van Persie. Tanpa strikerpun kita selalu menang dengan jumlah yang besar. kalau ada striker mesti lagi menarik. Bendtner pun lama sangat injurednya. Mr Wenger kita mau striker yang power punya. Kasi beli cepat!!!

No comments:

Post a Comment

 
Arsenal Dihatiku - © 2007 Template feito por Templates para Você