Wednesday, September 30, 2009

Kemenangan yang payah






Alhamdulillah, Arsenal menah 2-0. Walaupun aku menjangkakan Arsenal bakal menang 4-0. Kalau dilihat corak permainan Asrsenal semalam, memang patut kita menang 4-0 atau lebih, tapi kita tak ada rezeki.

Game semalam memang terbaik dari yang terbaik. Walaupun kita menang cuma 2 gol, tapi penguasaan kita sangat ketara. Penguasaan ini menyababkan Mannone tak berpeluh langsung. Adalah sekali dua dia terpaksa mengotorkan baju dia tu. Aku rasa Olympiakos menggunakan strategi 1-9-1, iaitu 1 keeper 9 defender 1 striker. Ini menyebabkan hampir sepanjang masa bola dok dalam kawasan dia. Penguasaan yang melampau ini telah membuatkan pemain kita iaitu Diaby terpaksa membuat beberapa hantaran cantik kepada pemain Olypiakos. Ini bagi mengimbangi penguasaan yang berpanjangan itu. Itulah antara tindakan tidak bijak Diaby. Cuma bermain ditempat sendiri dan tekanan tidak begitu tinggi pada awal-awalnya, membuatkan Diaby seolah-olah berada dimana-mana.
Akhirnya gol jugak!!!

Melihat kelibat Arshavin yang berlari dari depan ke belakang, dari tepi ke tengah, dari dalam keluar dan dari keluar ke dalam gol, nyatalah dia suka main sampai penat. Berlari mungkin hobi dia.

Fabregas yang menendang bola kepada palang gol, mungkin membuat keeper Olympiakos rasa nak demam. Keeper tu memang berjaya membuat darah aku naik. Ada jugak aku terfikir, harap-harap adalah pemain Arsenal yang takik keeper ni. bagi kecekapannya berkurangan. Harap-harap pemain Arseanl yang dapat buat macam tu ialah Diaby.
Keeper Olympiakos yang kena gula-gula dengan Arshavin

Akhirnya Eduardo yang masuk menggantikan Rosicky, walaupun pendek orangnya, namum akalnya agak panjang. dari akal itu RVP dapat menjaringkan gol pertama. Pun begitu kecekapan keeper Olympiakos yang sangat ketara sepanjang masa, dapat jugak digula-gulakan oleh Arshavin untuk gol ke 2. Tahniah Arsenal, tahniah juga kepada penyokong-penyokongnya yang berjalan bangga ke pejabat!!!

Monday, September 28, 2009

Arsenal lawan Olympiacos



Tengah minggu ni team kita jumpa Olympiacos, team Greece ni. Nampak gayanya macam boleh menang je. Aku rasa insyaAllah kita boleh menang dengan tenang. Kali ini aku letak Diaby main. Sebabnya game ini aku rasakan kurang memberi tekanan kepada Arsenal, lebih-lebih lagi kita main di gelanggang sendiri.
Bila main kat kandang sendiri, harimau masukpun akan mengembek. Ini boleh berlaku kalau Arsenal dapat pegang game ini secara menyeluruh. Bila Arsenal dah kontrol game, passing semua bagus dan dapat menggula-gulakan pihak lawan. InsyAllah kejayaan milk Arsenal dan esoknya kita boleh pergi kerja dangan riang ria.

Memandang Bendtner terlibat dalam kemalangan kecil, aku rasa Mr Wenger akan menurunkan Eduardo. Kalau Bendtner tak injuredpun, tetap Eduardo yang akan main. Wallcotpun dah mula training, ada harapan dia dapat main. Tapi biasanya orang yang baru pulih ni main sekejap je. 2nd half kot dia dapat main. Minit ke 70. Masa macam tu biasanya Mr Wenger tukar pemain.

First half aku rasa Arsenal dah leading punya. Caranya mudah. Gula-gulakan pasukan lawan. bagi dia penat kejar bola, bila dah penat semangat pun jatuh. Masa tu Arsenal score. Bila arsenal dah mula score, moral team lawanpun dah abis.

Lepas tu Arsenal akan tambah jaringan yang aku jangka, kita bakal menal 4-0. Kita tunggu dan lihat saja nanti. Harap-harap ada siaran langsung nanti. InsyaAllah.



Arsenal 4 - Olympiacos 0


Sunday, September 27, 2009

Menang 1-0 je, kenapa?


Penat aku tunggu game semalam. Minat punya pasal tunggu jugaklah. Semangat ni. Tengok barisan kesebelasan aku dah cuak. Ada pulak nama Diaby. Memang berpeluh game ni. Aku dok agak Rosicky ada dalam kesebelasan utama. Sekali Diaby...la.

Dah setengah jam main, aku tengok Arsenal main 10 orang. Aku rasa Diaby macam pakai jesri Fulham ataupun dia tidor je kat padang tu. Tak membantu team langsung. Orang lain dok bekerja keras nak cari gol, Diaby ni bertenaaaaaaaaaaang je. Aku ulang bertenaaaaaaaaang je dia. Macam tak ada masalah. Aku rasa kalau Arsenal kalah malam tu, dialah yang bawak onar tu.



Masuk 2nd half, aku tengok Diaby masih ada. Mr Wenger sayang betul dengan dia ni. Ada ciri2 menantu yang baik agaknya. Diaby ni patut masuk kem Carling Cup dulu, baru boleh main kat Premiere ni. Pada akulah, dia tak sesuai main untuk game yang tertekan macam ni. Bila dia main game yang tertekan macam ni, aku lagi tertekan kat rumah ni. Diaby boleh main, bila Arsenal sedang mendahului pihak lawan, baru dia bagus. Aku harap Diaby ni main lebih keras sikit dan bertenang. Passing tu kena bagus. Ingat balik Viera main macamana. Team lain memang cuaklah kalau Viera main. Diaby kena ikut macam tu la.


Alex Song juga banyak buat silap yang boleh buat darah aku naik. Bila RVP score, sejuk sikit hati tu. Ingat ada tambahan gol, tapi tak ada. Aku dok harap Diaby keluar, Rosicky masuk. Betul Rosicky masuk, tapi bukan Diaby yang keluar tapi Arshavin. Apapun menang 1 gol tu dah cukup baik untuk permainan yang tak seberapa baik dari Arsenal. Tak salah kalau aku kata, keeper kita Vito Mannone adalah pemain terbaik. Fulham memang tak bernasib baik itu je.

Thursday, September 24, 2009

Arsenal lawan Fulham




Minggu ini Arsenal bakal berdepan dengan Fulham. Bermain ditempat lawan pasti Arsenal akan ditentang hebat. Musim lepas kalau tak salah aku la, Arsenal kalah 1-0 kat Craven Cottage ni. Kali ni aku rasa, semangat Carling Cup masih ada dan Arsenal bakal menag game ni. InsyaAllah.

Kat atas tu aku ada susun pemain ikut selera aku la. Aku rasa Almunia mungkin sudah boleh main mingu ni. Arshavin pun sama, dah boleh main. Kalau Rosicky ambik tempat Denilson. Game pasti jadi cantik. Denilson tu suka buat kerja bodoh sikit. Diaby pun sama. Banyak tidor kat tengah padang. Fabregas akan jolok bola yang bagus2 untuk Bendtner yang akan bagi kat RVP. Arshavin juga akan membekalkan bola yang mudah untuk RVP score.

Melihat pada prestasi Fulham sekarang ini, mungkin juga akan kalah dengan Arsenal. Aku menjangkakan Arsenal bakal menang 3-0. InsyaAllah. Vermaelen punya potensi besar untuk menjaringkan gol. RVP juga baka menyengat. 1 lagi gol mungkin Fabregas dapat. Kita tunggu dan lihat saja nanti.


Arsenal 3 Fulham 0



Wednesday, September 23, 2009

Arsenal dihatiku


Salam! Bagi merancakkan lagi senario bolasepak dan membangkitkan semangat penyokong Arsenal. Akupun buat blog ni. Blog aku ni hanya akan memperkatakan tentang Arsenal sahaja. Kalau ada masa sebelum perlawanan yang melibatkan Arsenal, aku ulas dulu. Strategi ikut selera aku macamana, sapa patut main dan anggaran jaringan berapa. Pergh macam Shebby , kan?

Kalau ada yang kurang dan tak menarik mengikut selera korang, bagi tau. Kalau aku boleh adjust, aku akan adjust.

Sikitlah aku nak cerita background aku ni. Dulu masa sekolah rendah, aku minat kat Spurs.. hehe jangan marah. Masa tu tahu 82'. Aku sekolah kat Sek. Rendah jenis Kebangsaan 2, Jalan Meru, Klang. Alah bawah High School Klang tu. Masa tu team Spurs ni power. Ada Steve Archibald, Garth Crook, Ray Clemence, Oswaldo Ardiles, Glenn Hoddle. Pergh masa tu asal Spurs masuk final mesti menan punya. Tapi aku ingat lagi keeper Arsenal masa tu, Pat Jening. Kalau tak salah la.

Man U masa tu player dia yang dasat Frank Stapleton. Aku memang benci sungguh Man U ni. Team lain tak pa. Anything But United.

Lepas Wenger ambik alih Arsenal dan bawak masuk Viera, permainan Arsenal sudah jadi lain. Sangat menarik. Akupun terus menjadi penyokong Arsenal sehingga hari ni.
 
Arsenal Dihatiku - © 2007 Template feito por Templates para Você