Wednesday, September 30, 2009

Kemenangan yang payah






Alhamdulillah, Arsenal menah 2-0. Walaupun aku menjangkakan Arsenal bakal menang 4-0. Kalau dilihat corak permainan Asrsenal semalam, memang patut kita menang 4-0 atau lebih, tapi kita tak ada rezeki.

Game semalam memang terbaik dari yang terbaik. Walaupun kita menang cuma 2 gol, tapi penguasaan kita sangat ketara. Penguasaan ini menyababkan Mannone tak berpeluh langsung. Adalah sekali dua dia terpaksa mengotorkan baju dia tu. Aku rasa Olympiakos menggunakan strategi 1-9-1, iaitu 1 keeper 9 defender 1 striker. Ini menyebabkan hampir sepanjang masa bola dok dalam kawasan dia. Penguasaan yang melampau ini telah membuatkan pemain kita iaitu Diaby terpaksa membuat beberapa hantaran cantik kepada pemain Olypiakos. Ini bagi mengimbangi penguasaan yang berpanjangan itu. Itulah antara tindakan tidak bijak Diaby. Cuma bermain ditempat sendiri dan tekanan tidak begitu tinggi pada awal-awalnya, membuatkan Diaby seolah-olah berada dimana-mana.
Akhirnya gol jugak!!!

Melihat kelibat Arshavin yang berlari dari depan ke belakang, dari tepi ke tengah, dari dalam keluar dan dari keluar ke dalam gol, nyatalah dia suka main sampai penat. Berlari mungkin hobi dia.

Fabregas yang menendang bola kepada palang gol, mungkin membuat keeper Olympiakos rasa nak demam. Keeper tu memang berjaya membuat darah aku naik. Ada jugak aku terfikir, harap-harap adalah pemain Arsenal yang takik keeper ni. bagi kecekapannya berkurangan. Harap-harap pemain Arseanl yang dapat buat macam tu ialah Diaby.
Keeper Olympiakos yang kena gula-gula dengan Arshavin

Akhirnya Eduardo yang masuk menggantikan Rosicky, walaupun pendek orangnya, namum akalnya agak panjang. dari akal itu RVP dapat menjaringkan gol pertama. Pun begitu kecekapan keeper Olympiakos yang sangat ketara sepanjang masa, dapat jugak digula-gulakan oleh Arshavin untuk gol ke 2. Tahniah Arsenal, tahniah juga kepada penyokong-penyokongnya yang berjalan bangga ke pejabat!!!

3 comments:

  1. bro aku tak sokong arsenal tapi respek ahhh blog ko lawa he he

    ReplyDelete
  2. Ape cite ni Arsenal ..Aduh kecewa la aku..
    kalah besar tu...cam ne ni nanti kene kutuk nagan member cam nih

    ReplyDelete

 
Arsenal Dihatiku - © 2007 Template feito por Templates para Você