Monday, November 30, 2009

Meriam tak ada peluru


Semua dah tahu, team kita kalah cemerlang dengan Chelsea. Frust aku. Tapi tak frust sangat sebab team fantasy football aku ada Drogba dia score 2 pulak tu. Yang frustnya dalam team aku ada Vermaelen, dia score gol sendiri. Huhuhu!!!

Melihat pada game malam tu, Arsenal tidaklah menghampakan sangat. Kita pegang game tu. Tapi takat pegang je, tak dapat point. Kena menang dulu baru dapat 3 point. Kenapa kita boleh kalah? Antara sebabnya, Denilson juga bermain macam Diaby. Suka passing kat team lawan. Pengalaman jugak main peranan. Chelsea nampak sangat berpengalaman dan tenang mengawal striker Arsenal Eduardo yang pendek tu. Cerita pasal pendek. Hampir semua pemain Arsenal ni pendek-pendek belaka. Ada pun Bendtner yang tinggi. Itupun injured pulak.


Ingat zaman power dulu. Player kita tinggi2 belaka masa tu. Viera, Petit, Henry, Lauren pergh.. best tul zaman tu. Kita kena ada player yang ditakuti macam Viera. Bila Viera ada je team lain mesti cuak punyala. Dia keras. Dia kebal. Takle dia kemas. Sekarang ni kita ada Fabregas, yang punya kemahiran dan ketenangan mendahului umurnya. Team kita sekarang sudah tidak ada faktor kemenangan sebelum perlawanan bermula. Macam masa ada Viera dulu. Masa ada dia dulu, belum main pun team lawan dah kecut.

Bagi menghilangkan rasa frust di atas kekalahan kita kepada Chelsea, aku taruk gambar.

Wednesday, November 25, 2009

2 - 0 je...





Alhamdullah.. team kita menang 2-0. Huh!! 2-0 je... main beria-ia, menag 2-0 je. Aku baca kat internet ni, maca-macam pujian dia orang dapat. Ada yang main sampai patah kaki, tapi menang 2-0 je. Tak pa la, janji menang. Ada 1 team lagi entah apa nama entah, menang jugak, tapi kalah.
Kita kira 2-0 ni ..kira hebatla...kan?

Saturday, November 21, 2009

Arsenal Mudah Lupa

Arsenal telah ditakdirkan kalah semalam. Semuanya kerana Ramsey, Rosicky dan Nasri tidak bermain dengan baik. Ramsey dilihat banyak membuang masa dengan bermain cantik agaknya. Begitu juga dengan Rosicky. Tak menjadi.

Punca kekalahan memang terletak ditangan Mr. Wenger. Dia menympan penyerang buat apa. Menjadikan Nasri sebagai penyerang tidak akan membantu pasukan. Lepas Bent score, boleh pulak dia masukan Arshavin, Vela dan Wallcot. Kalau dari awal dia orang ni masuk. Peluang untuk menang tu mungkin ada.

Friday, November 20, 2009

Arsenal jumpa Sunderland



Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia.... pergh macam berita TV1, kan? Menyampah aku tengok berita TV1 ni, mengarut je yang lebih. Eh! apa cerita TV1 pulak ni. Minggu ni Arsenal akan berdepan dengan Sunderland, pasukan yang sedang meningkat naik anginnya. Sunderland ni kira team-team liat gak ni. Nak-nak main kat tempat sendiri pulak tu. Player dia akan main sungguh-sungguh punya, maklumlah awek ramai tengok.

Dengar kata RVP injured pulak tu. Ini peluang Vela nak main. Aku menjangkakan Mr Wenger akan menurunkan Vela. Kalau tak pun tak apa. 6 minggu RVP rehat, tu kata oranglah. Lama gak tu. Kecewa betul aku, ya la...team fantasy football aku ada RVP ni. Hampeh. Ni mencerahkan lagi peluang Maruone Chamakh bermain untuk Arsenal, Januari ni.

Ramai gak player Arsenal yang injured. Ni semua qualify world cup dengan friendly punya game lah ni. Yang si RVP main beria-ia sangat tu pasal apa. Kan, friendly je. Menang pun bukan ada hadiah. Khabarnya lepas raya hajipun, dia belum tentu dapat main. Lepas tahun baru baru pulih kot.

Game minggu ni aku jangkakan perlawanan sangat-sngat sengit. Harap yang menang adalah team kita, betul, tak? Masa aku tulis ni, kat Astro ada cerita Anak Bapak. Ada Mak Mah belakon. Masa tu bukan main muda lagi dia. Sekarang ni belakonpun asyik jadi hantu je. Nasib-nasib. Berbalik pada game Arsenal tadi, aku jangkakan team kita menang 2-1. Skuad Arsenal dihatiku sempat menemuramah Mr. Wenger kat bawah.
Bila ditanyakan tentang Abou Diaby, Mr Wenger menjelaskan seperti kat bawah ni.
Mengenai game minggu ni, Mr Wenger begitu optimistik dengan kejayaan yang bakal Arsenal kecapi minggu ni. InsyaAllah.


Arsenal 2-Sundeland 1

Sunday, November 8, 2009

Wolves tak ada gigi

Alhamdulillah!! Kita berjaya membuktikan yang serigala bukannya garang sangat. 4-1 tu kira jaringan tahap kenduri gak tu. Terima kasih kepada Diaby. Sebab dia injuredlah kita boleh menang dengan gaya hensem semulajadi. Kalau dia main, alamat payah nak kenduri gol. Sebelum main, dia orang dok bertafakur. Entah sebab apa entah. Aku tak nak tahu dan tak perlu tahu. Gasak dia la. Yang penting Arsenal menang dan malam tu boleh tidur lena.
Ok, aku ulas sikitlah pasal game malam tu. Arsenal bermain-main dalam 15 minit pertama. Dikepalai oleh Abou Diaby. Berapa banyak hantaran kemusnahan pasukan sendiri yang dia buat. Kalau ada sapa-sapa kata Diaby main bagus, dia memang bengap. Aku heran betul si Diaby ni. Season lepas main bagus, season ni macam haprak. Mr Wenger sayang betul kat dia ni. Kena guna-guna agaknya. Lepas tu Diaby injured. Song ganti. Barulah game jadi best sikit. Bukanlah Song tu bagus sangat, tapi baguslah dia dari Diaby.
Lepas Zubar score gol sendiri, Wolves dah hilang taring. Lepas tu lagi banyak lah masuk. Eduardo pun dapat score malam tu. Lepas tu dia celebrate sambil buka baju nak tunjuk tulisan kat baju dalam dia tu. Nasib baik tulisan tu tak tulis, "SALAM 1 MALAYSIA". Kalau tidak, aku tutup terus tv malam tu.

Giliran Fabregas pulak score. Lepas tu Arshavin pulak score. Lepas tu aku terlelap. Hehehe... rupa-rupanya Wolves dapat jugak score 1. Jadilah. Kongsi 11 orang.

Saturday, November 7, 2009

Masa untuk menggigit Wolves



Melihat kepada prestasi Arsenal yang semakin baik, aku berasa amat yakin, kita akan menang sekali lagi ke atas pasukan bawahan Wolves. Dalam The Sun UK hari ini, pengurus Wolves berkata, dia tak akan membenarkan Arsenal bermain cantik di Stadium Molineux. Dia biar ke tak biar, insyaAllah kita menang bergaya. Aku dapat merasakan Arsenal akan mengisar cukup-cukup Wolves ni kat stadium dia yang namanya macam pengisar tu.
Tapi, Arsenal juga harus berhati-hati. Ingat masa lawan West Ham hari tu. Dah leading 2-0, akhirnya seri. Kali ni harap Arsenal mendahului dan terus mendahului. Kalau boleh buat kenduri gol. Apa salahnya. Sekiranya angin Diaby baik dan Fabregas ada banyak ruang. Gol akan datang berbilang-bilang. Percayalah.
Bila sebut nama Diaby ni aku fobia banyak, bukan sikit. Dia ni susah-susah dapatkan bola, senang-senang bagi kat team lawan. Tu keistimewaan dia tu. Kepandaian dia yang Mr Wenger sangat kagum. Sorang lagi pemain Arsenal yang pandai buat macam tu, Denilson. Dengar Denilson ni tengah injured. Eloklah jual je budak tu. Buat malu orang Brazil je. Harap Diaby jangan buat ramai kat bahagian bawah. Kalau dia buat ramai kat bahagian bawah, dia akan menjaringkan gol sendiri. Lepas dia score gol sendiri dia boleh buat muka heran. Heran aku.
Memandangkan Clichy injured, Gibb akan ambil tempat dia. Ini yang Fabio Capello hendak ni. Aku juga harap RVP dapat score malam ni, sebab team fantasy aku ada guna khidmat dia ni. Kalau dia score banyaklah point aku. Fabregas juga ada dalam team aku. Mungkin juga kita dapat lihat kelibat Rosicky malam ni. Lama betul dia injured. Makan gaji buta. Wallcot entah bila boleh sembuh aku tak tau. Kalau dekat boleh pergi urut kat kampong-kampung. Bendtner jugak injured. Kejang otot katanya. Eduardo akan main malam ni. Pergh melihat pada kesebelasan utama Arsenal malam ni, insyaAllah menang mudah ataupun mudah menang. Tak kisahlah, yang penting menang. Melihat pada kesebelsan utama Wolves pulak,.. erm…. Entah sapa-sapa entah. Alamatnya mudah kalah. Akhirnya Wolves akan digigit oleh Arsenal. Go! Gunners!!!!

Friday, November 6, 2009

AziZah ALKMAAR kena belasah


Teruk jugak AziZah Bt AlKMAAR kena belasah dengan Arsenal. Aku rasa team tu, tuan punya dia mesti nama Azizah Bt Akmar. Tu yang tukar jadi AZ Alkmaar tu. Tak kisahlah nama apapun, yang penting kena titik dengan Arsenal. Aku ulang..."KENA TITIK". Mlam tu Arsenal main cantik. Lebih-lebih lagi pemain pujaan Arsene Wenger, Abou Diaby. Lepas game tu, sure Mr Wenger peluk cium dia punya la. Manakan tidak, Diaby score malam tu. Gol ke 4, kira jaringan penutup tirailah tu.

Si AZ Alkmaar ni main macam aku main masa umur 12 tahun dulu. Masa aku wakil sekolah lawan sekolah Batu Belah. Tapi jersi dia lagi cantiklah. Ada sponsor lagi. Tapi lepas game dengan Arsenal malam tu, mesti tobat orang tu taknak sponsor lagi.

2 gol Fabregas malam tu kira membuktikan, gol dia masa lawan Spuds hari tu bukan gol nasib. Memang dia "terrer' la. 2 gol bukan senang tu. Hanya orang-orang dari team yang power je boleh buat macam tu. Team yang power tu tak payah cakaplah team mana. Team kita la, kan? Lepas tu Nasri pulak score. Gol dia pun boleh tahan jugaklah, sehinggakan penjaga gol AZ Alkmaar pun tak boleh tahan. Tu yang gol tu. Penjaga gol AZ Alkmaar ni harap rambut je panjang, tangan tak panjang. Lain kali kalau nak jadi penjaga gol, gunting dulu rambut tu. Buat berat kepala je. Bila Diaby score baru dia tahu, rambut dia berat.

Akhir sekali, bagi tidak menghampakan penyokong2 AZ Alkmaar, agar tidak balik dengan tangan kosong. Kieran Gibbs telah buat-buat jatuh supaya striker AZ Alkmaar dapat score. Gol tu kira boleh buat penerang hati kat coach dia. Almunia juga tak sampai hati nak selamatkan bola tu. Tu yang dia tak berusaha langsung nak tepis bola tu. Kalau tak percaya korang tengok ulang tayang.

Apapun team kita menang dengan penuh "kehenseman". Go Gunners!!!

 
Arsenal Dihatiku - © 2007 Template feito por Templates para Você