Saturday, November 7, 2009

Masa untuk menggigit Wolves



Melihat kepada prestasi Arsenal yang semakin baik, aku berasa amat yakin, kita akan menang sekali lagi ke atas pasukan bawahan Wolves. Dalam The Sun UK hari ini, pengurus Wolves berkata, dia tak akan membenarkan Arsenal bermain cantik di Stadium Molineux. Dia biar ke tak biar, insyaAllah kita menang bergaya. Aku dapat merasakan Arsenal akan mengisar cukup-cukup Wolves ni kat stadium dia yang namanya macam pengisar tu.
Tapi, Arsenal juga harus berhati-hati. Ingat masa lawan West Ham hari tu. Dah leading 2-0, akhirnya seri. Kali ni harap Arsenal mendahului dan terus mendahului. Kalau boleh buat kenduri gol. Apa salahnya. Sekiranya angin Diaby baik dan Fabregas ada banyak ruang. Gol akan datang berbilang-bilang. Percayalah.
Bila sebut nama Diaby ni aku fobia banyak, bukan sikit. Dia ni susah-susah dapatkan bola, senang-senang bagi kat team lawan. Tu keistimewaan dia tu. Kepandaian dia yang Mr Wenger sangat kagum. Sorang lagi pemain Arsenal yang pandai buat macam tu, Denilson. Dengar Denilson ni tengah injured. Eloklah jual je budak tu. Buat malu orang Brazil je. Harap Diaby jangan buat ramai kat bahagian bawah. Kalau dia buat ramai kat bahagian bawah, dia akan menjaringkan gol sendiri. Lepas dia score gol sendiri dia boleh buat muka heran. Heran aku.
Memandangkan Clichy injured, Gibb akan ambil tempat dia. Ini yang Fabio Capello hendak ni. Aku juga harap RVP dapat score malam ni, sebab team fantasy aku ada guna khidmat dia ni. Kalau dia score banyaklah point aku. Fabregas juga ada dalam team aku. Mungkin juga kita dapat lihat kelibat Rosicky malam ni. Lama betul dia injured. Makan gaji buta. Wallcot entah bila boleh sembuh aku tak tau. Kalau dekat boleh pergi urut kat kampong-kampung. Bendtner jugak injured. Kejang otot katanya. Eduardo akan main malam ni. Pergh melihat pada kesebelasan utama Arsenal malam ni, insyaAllah menang mudah ataupun mudah menang. Tak kisahlah, yang penting menang. Melihat pada kesebelsan utama Wolves pulak,.. erm…. Entah sapa-sapa entah. Alamatnya mudah kalah. Akhirnya Wolves akan digigit oleh Arsenal. Go! Gunners!!!!

No comments:

Post a Comment

 
Arsenal Dihatiku - © 2007 Template feito por Templates para Você