Wednesday, September 23, 2009

Arsenal dihatiku


Salam! Bagi merancakkan lagi senario bolasepak dan membangkitkan semangat penyokong Arsenal. Akupun buat blog ni. Blog aku ni hanya akan memperkatakan tentang Arsenal sahaja. Kalau ada masa sebelum perlawanan yang melibatkan Arsenal, aku ulas dulu. Strategi ikut selera aku macamana, sapa patut main dan anggaran jaringan berapa. Pergh macam Shebby , kan?

Kalau ada yang kurang dan tak menarik mengikut selera korang, bagi tau. Kalau aku boleh adjust, aku akan adjust.

Sikitlah aku nak cerita background aku ni. Dulu masa sekolah rendah, aku minat kat Spurs.. hehe jangan marah. Masa tu tahu 82'. Aku sekolah kat Sek. Rendah jenis Kebangsaan 2, Jalan Meru, Klang. Alah bawah High School Klang tu. Masa tu team Spurs ni power. Ada Steve Archibald, Garth Crook, Ray Clemence, Oswaldo Ardiles, Glenn Hoddle. Pergh masa tu asal Spurs masuk final mesti menan punya. Tapi aku ingat lagi keeper Arsenal masa tu, Pat Jening. Kalau tak salah la.

Man U masa tu player dia yang dasat Frank Stapleton. Aku memang benci sungguh Man U ni. Team lain tak pa. Anything But United.

Lepas Wenger ambik alih Arsenal dan bawak masuk Viera, permainan Arsenal sudah jadi lain. Sangat menarik. Akupun terus menjadi penyokong Arsenal sehingga hari ni.

No comments:

Post a Comment

 
Arsenal Dihatiku - © 2007 Template feito por Templates para Você