
Sekiranya Arsenal bermain sambil lewa sama macam main deng AZ Alkmaar, alamat peluang nak menang sedikit ada susahlah. Di tambah pulak dengan adanya pemain pilihan Mr. Wenger iaitu Diaby, pastilah kita akan sakit hati tengok corak permainan dia yang akan membuat hantaran-hantaran cantik kepada pihak lawan. Walaupun aku meletakkan Diaby akan bermain, tapi aku sebenarnya mengharapkan Rosicky yang akan main. Dia lebih rajin dan kreatif. Tak macam Diaby, dia rajin bagi bola kat team lawan dan kreatif menjaringkan gol sendiri.
Selepas Arsenal di'basuh' oleh Mr Wenger setelah seri yang memeritkan dengan AZ Alkmaar, Arsenal pasti tak maahu kalah dalam perlawanan ini. Walaupun bermain di tempat lawan, aku dapat merasakan kemenangan akan berpihak kepada kita. Cuma aku harap sangat, team kita tak main-main bila mendahului pasukan lawan. Apa yang Arsenal perlu lakukan ialah, score dan terus score.

Sambil itu, aku harap sangat Liverpool dapat mengalahkan MUnafik FC. Bila MUnafik FC kalah, point kita dengan dia semakin hampir. Blackburn jugak patut mengalahkan Chelsea dan peluang kita berada di atas akan jadi lebih cerah!!! Go! Gunners!!!
No comments:
Post a Comment