Saturday, October 31, 2009

Kan! Dah kena pijak!!!


Kena pijak jugak Spuds ya!!! Arsenal menang dengan penuh kehenseman di dada. 3-o kira banyak jugaklah tu, kan? Macam biasa, tak best kalau tak kutuk Diaby. Tetap Diaby bawak banyak onar kepada defender Arsenal. Arshavin juga, masih main macam kat estate. Tendang sekuat hati. Kalau nak tendang sekuat hati, main rugby la. Nasib baik RVP score. Bukan 1, tapi 2.

Fabregas punya gol tu, kira terpantas jugak tu. 11 saat lepas RVP score. Jawablah Spuds!!! Rasa puas hati lagi bila tengok muka Redknapp merah menyala dengan mata kuyu ala-ala Mat Petnya tu. Puas hati....puas hati....hohoho. siang tu Robbie Keane baik punya kutuk Arsenal. Nah! Ambik ko.
Gambar kat atas ni menunjukkan Robbie Keane makan asap. Dengan Fabregas yang lari perlahan pun dia tak dapat kejar. Akhirnya dia kena keluar. Aku rasa dia terus balik tu. Lengit betul la dia tu.

Kita akan pijak Spuds!!!!


Kali ni Arsenal jumpa musuh 1 kampung. Ni kira musuh ketat kita ni. Aku harap macam korang harap jugak, Arsenal menang. Bonus kalau memang besar. Bolehlah kita tengok muka Harry Redknap merah menyala macam muka Ferguson bila MUnafik FC kalah. Mata dia yang kuyu tu akan terbelalak!!

Tapi semua tu bergantung pada permainan Arsenal jugak. Kalau main macam main deng West Ham, macam main dengan Liverpool kat Carling Cup hari tu, payah!!!!! Kali ini aku harap Almunia main. Manonne dah buat silap hari tu. Almunia mesti nak tunjuk hebat jugak. Lagipun dia dah lama sangat berendam.

Kalau Nasri main, peluang Arsenal main cantik dan menang boleh dikatakan ada harapanlah. Aku tetap rasa Diaby jugak yang akan main. Kalau Diaby main kita boleh tengok hantaran - hantaran cantik yang dia akan buat, terutama hantaran yang akan menyusahkan penjaga gol sendiri. Inlah kelebihan Diaby yang Mr Wenger harapkan. Diaby juga boleh buat "muka heran" atau "muka tak bersalah" bila berjaya menjaringkan gol sendiri. Hebatkan!!
Aku rasalah kali ni insyaAllah, kita menang lagi ni. Macam selalu. Selalu kita menang jugak, tapi kering darah kita tengok Arsenal main. Kadang-kadang aku tak faham tengok Arsenal main, samada Arsenal sedang main ataupun Arsenal tengah main-main. InsyaAllah, aku menjangkakan kita menang besarla. Aku letak 4-0. Ambik ko!!!!!


Arsenal 4 Spurs o

Tuesday, October 27, 2009

Seri dengan West Ham, menang dengan Liverpool, InsyaAllah!!

Patutkah Arsenal seri dengan West Ham? Kalau ikut logik memang tak patut, tapi itulah yang sudah tertulis. Secara logiknya Arsenal memang boleh menang besar, tapiiiii. Macam aku kata sebelum ini, Diaby banyak memainkan peranannya. Juga tak menjadi, Arshavin. Aku rasa dia pernah duduk estate kot. Cara penendang dia depan gol, mengingatkan aku pada budak-budak India estate Valambrosa, Kapar dulu. Masa tu kita main 9 sebelah. Team estate ni, striker dia suka hayun kuat-kuat depan gol. Arshavin pun macam tu jugak.

Gol pertama West Ham tu memang sah, salah Manonne. Tendangan tu dia berjaya tahan, tapi.....dia tolak bola ke dalam. Buat Apa? Patutnya dia tolak keluar bola tu. Aku ulangi tolak keluar. Gol penalti tu tak payah cakaplah. Song punya angkara. Kalau kat kem Man U, confirm-confirm kena baling dengan but tu.

Kali ini kita akan jumpa Liverpool dalam Carling Cup. Liverpool dah dapat semangat baru sejak berjaya mengalahkan Man U. Team Arsenal aku rasa bakal menurunkan, team remaja dan orang-orang yang baru pulih dari kecederaan. Oleh hal yang demikian aku rasa Nasri boleh main. Mungkin juga Eduardo dan Bendtner pun akan main.

Team remaja ni aku confiden sikit. Dia orang muda. Lari laju. dengan Wilshere yang punya akal seperti Fabregas, insyaAllah kita boleh menang. Kalau tak salah kita main tempat sendiri ni. InsyaAllah memang kita menang. Inilah kelebihan Arsenal. Team remaja dia sama kuat denga team senior. Team remaja ni kalau main dengan Malaysia, entahlah. Memang kalah dalam tangan Malaysia punya.
Jadi aku menjangkakan perlawanan ini bakal menarik. Mungkin Liverpool akan menurunkan team utamanya, sebab Benitez tengah panas bontot. Dia mesti nak menang punya. Oleh itu aku rasa Arsenal akan menang 4-2. Sengit ni Beb!!!

Arsenal 4 Liverpool 2

Friday, October 23, 2009

Arsenal lawan West Ham

Pergh!!! Agak lama aku tak update blog ni. Bukan sebab aku sibuk berkempen di Bagan Pinang ataupun sibuk berpolitik, tapi sibuk dengan kerja dan aktiviti di blog aku yang 1 lagi tu. Tak pa la. Kali ni team kita akan berdepan dengan team yang tengah penat nak bernafas dalam liga. West Ham! Tean Gianfranco Zola ni nampaknya sedang bergelut dan berebut-rebut nak duduk di bawah liga. Ini amat merbahaya kepada Arsenal. Team macam ni akan main "all-out" untuk mengelakkan diri daripada berada di bawah.

Sekiranya Arsenal bermain sambil lewa sama macam main deng AZ Alkmaar, alamat peluang nak menang sedikit ada susahlah. Di tambah pulak dengan adanya pemain pilihan Mr. Wenger iaitu Diaby, pastilah kita akan sakit hati tengok corak permainan dia yang akan membuat hantaran-hantaran cantik kepada pihak lawan. Walaupun aku meletakkan Diaby akan bermain, tapi aku sebenarnya mengharapkan Rosicky yang akan main. Dia lebih rajin dan kreatif. Tak macam Diaby, dia rajin bagi bola kat team lawan dan kreatif menjaringkan gol sendiri.

Selepas Arsenal di'basuh' oleh Mr Wenger setelah seri yang memeritkan dengan AZ Alkmaar, Arsenal pasti tak maahu kalah dalam perlawanan ini. Walaupun bermain di tempat lawan, aku dapat merasakan kemenangan akan berpihak kepada kita. Cuma aku harap sangat, team kita tak main-main bila mendahului pasukan lawan. Apa yang Arsenal perlu lakukan ialah, score dan terus score.
Kali ini aku menjangkakan Arsenal akan menang 3-1. Mungkin kita akan bolos 1 gol disebabkan team lawan bermain ditempat sendiri.

Sambil itu, aku harap sangat Liverpool dapat mengalahkan MUnafik FC. Bila MUnafik FC kalah, point kita dengan dia semakin hampir. Blackburn jugak patut mengalahkan Chelsea dan peluang kita berada di atas akan jadi lebih cerah!!! Go! Gunners!!!

Arsenal 3 West Ham 1


Saturday, October 3, 2009

Arsenal lawn Blackburn



Ahad ini Arsenal akan bertemu Blackburn. Adakah Arsenal bakal menang mudah? ataupun Arsenal akan menang susah? Yang penting menang, itu saja. Mudah atau susah tak perlu dialmbil kira, yang kita kira 3 mata penting. Aku merasakan Arsenal bakal menang mudah. Mengambil kira kedudukan Blackburn sekarang dan prestasi Arsenal yang agak konsisten setakat ini.

Sekiranya Arshavin bermain baik dan Diaby tidak membuat sarkis di tengah padang, peluang Arsenal mendapat kemenangan besar sangat cerah. Aku paling cuak dengan Diaby ni, kalau tengok masa dia main dalam 2-3 game lepas, memang nak cekik je leher dia tu. Aku harap dia dah belajar dari ketidak pandaian dia yang ketara itu.

Kemungkinan Walcott bermain juga ada, tapi tidak mungkin akan bermain sepenuh masa. Biasalah Mr Wenger punya polisi. Orang yang baru baik dari kecederaan akan bermain untuk 10-15 min je. Tu yang biasa aku tengok lah.

Kali ini aku menjangkakan team kita bakal menang 3-0. InsyaAllah.

Arsenal 3-Blackburn 0

Wednesday, September 30, 2009

Kemenangan yang payah






Alhamdulillah, Arsenal menah 2-0. Walaupun aku menjangkakan Arsenal bakal menang 4-0. Kalau dilihat corak permainan Asrsenal semalam, memang patut kita menang 4-0 atau lebih, tapi kita tak ada rezeki.

Game semalam memang terbaik dari yang terbaik. Walaupun kita menang cuma 2 gol, tapi penguasaan kita sangat ketara. Penguasaan ini menyababkan Mannone tak berpeluh langsung. Adalah sekali dua dia terpaksa mengotorkan baju dia tu. Aku rasa Olympiakos menggunakan strategi 1-9-1, iaitu 1 keeper 9 defender 1 striker. Ini menyebabkan hampir sepanjang masa bola dok dalam kawasan dia. Penguasaan yang melampau ini telah membuatkan pemain kita iaitu Diaby terpaksa membuat beberapa hantaran cantik kepada pemain Olypiakos. Ini bagi mengimbangi penguasaan yang berpanjangan itu. Itulah antara tindakan tidak bijak Diaby. Cuma bermain ditempat sendiri dan tekanan tidak begitu tinggi pada awal-awalnya, membuatkan Diaby seolah-olah berada dimana-mana.
Akhirnya gol jugak!!!

Melihat kelibat Arshavin yang berlari dari depan ke belakang, dari tepi ke tengah, dari dalam keluar dan dari keluar ke dalam gol, nyatalah dia suka main sampai penat. Berlari mungkin hobi dia.

Fabregas yang menendang bola kepada palang gol, mungkin membuat keeper Olympiakos rasa nak demam. Keeper tu memang berjaya membuat darah aku naik. Ada jugak aku terfikir, harap-harap adalah pemain Arsenal yang takik keeper ni. bagi kecekapannya berkurangan. Harap-harap pemain Arseanl yang dapat buat macam tu ialah Diaby.
Keeper Olympiakos yang kena gula-gula dengan Arshavin

Akhirnya Eduardo yang masuk menggantikan Rosicky, walaupun pendek orangnya, namum akalnya agak panjang. dari akal itu RVP dapat menjaringkan gol pertama. Pun begitu kecekapan keeper Olympiakos yang sangat ketara sepanjang masa, dapat jugak digula-gulakan oleh Arshavin untuk gol ke 2. Tahniah Arsenal, tahniah juga kepada penyokong-penyokongnya yang berjalan bangga ke pejabat!!!

Monday, September 28, 2009

Arsenal lawan Olympiacos



Tengah minggu ni team kita jumpa Olympiacos, team Greece ni. Nampak gayanya macam boleh menang je. Aku rasa insyaAllah kita boleh menang dengan tenang. Kali ini aku letak Diaby main. Sebabnya game ini aku rasakan kurang memberi tekanan kepada Arsenal, lebih-lebih lagi kita main di gelanggang sendiri.
Bila main kat kandang sendiri, harimau masukpun akan mengembek. Ini boleh berlaku kalau Arsenal dapat pegang game ini secara menyeluruh. Bila Arsenal dah kontrol game, passing semua bagus dan dapat menggula-gulakan pihak lawan. InsyAllah kejayaan milk Arsenal dan esoknya kita boleh pergi kerja dangan riang ria.

Memandang Bendtner terlibat dalam kemalangan kecil, aku rasa Mr Wenger akan menurunkan Eduardo. Kalau Bendtner tak injuredpun, tetap Eduardo yang akan main. Wallcotpun dah mula training, ada harapan dia dapat main. Tapi biasanya orang yang baru pulih ni main sekejap je. 2nd half kot dia dapat main. Minit ke 70. Masa macam tu biasanya Mr Wenger tukar pemain.

First half aku rasa Arsenal dah leading punya. Caranya mudah. Gula-gulakan pasukan lawan. bagi dia penat kejar bola, bila dah penat semangat pun jatuh. Masa tu Arsenal score. Bila arsenal dah mula score, moral team lawanpun dah abis.

Lepas tu Arsenal akan tambah jaringan yang aku jangka, kita bakal menal 4-0. Kita tunggu dan lihat saja nanti. Harap-harap ada siaran langsung nanti. InsyaAllah.



Arsenal 4 - Olympiacos 0


 
Arsenal Dihatiku - © 2007 Template feito por Templates para Você